Jumaat, 23 Oktober 2009

Latihan Menyanyi Skel Major

clip_image002clip_image002[5]

Read More...

Skel dan Solfa


clip_image002[6]
clip_image002











Read More...

Selasa, 20 Oktober 2009

Video Nyanyian Semerta

Read More...

Video Nyanyian Solfa 2

Read More...

Video Nyanyian Solfa 1

Read More...

Khamis, 8 Oktober 2009

Tips Untuk Nyanyian Semerta - Video

Read More...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Pengenalan


Institut Pendidikan Guru Malaysia (dahulunya dikenali dengan nama maktab perguruan atau institut perguruan) telah sekian lama (sekitar awal tahun 1980-an) melatih bakal-bakal guru pengkhususan muzik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan perguruan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Sejak bermulanya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan kepada murid tahun satu (darjah satu) di sekolah rendah, subjek Pendidikan Muzik turut menjadi subjek wajib bagi semua sekolah rendah kerajaan. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan langkah terancang bagi melahirkan lebih ramai guru-guru muzik terlatih untuk ditempatkan di semua sekolah rendah di Malaysia.


Guru-guru muzik terlatih dikehendaki memiliki kemahiran dan pengetahuan muzik secukupnya bagi menyediakan mereka melaksanakan kurikulum Pendidikan Muzik di sekolah rendah secara berkesan. Antara kemahiran asas yang diperlukan ialah pengetahuan teori muzik, nyanyian, pergerakan mengikut muzik dan permainan alat muzik tertentu seperti rekoder, gitar dan kibod.


Perkembangan semasa berkaitan keperluan kurikulum dan kemajuan teknologi telah memperlihatkan peningkatan tentang kaedah menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada bakal guru. Namun demikian, kemahiran-kemahiran asas seperti nyanyian dan permainan alat muzik masih merupakan keperluan utama kepada bakal guru pendidikan muzik di samping kemahiran pedagogi dan aspek personaliti individu sebagai seorang guru.


Read More...

Sinopsis Blog

Pembangunan blog ini bertujuan menyediakan satu sistem latihan nyanyian semerta dalam bentuk atas talian (online). Sistem latihan yang akan disediakan akan merangkumi kaedah berperingkat bagi memahirkan bakal guru muzik dalam nyanyian semerta melalui latihan-latihan yang disediakan dengan kandungan yang berasaskan multimedia. Modul yang akan dibangunkan nanti diharap dapat memberi manfaat kepada pensyarah-pensyarah muzik di IPG dan juga memberi kesan terhadap peningkatan kemahiran dan minat pelajar-pelajar Pra-PISMP pengkhususan muzik terhadap pembelajaran vokal. Seterusnya blog ini diharap dapat digunakan oleh semua pensyarah muzik di semua kampus IPGM yang menawarkan subjek major Pendidikan Muzik kepada pelajar Pra-PISMP Read More...